Wednesday, September 1, 2010

Zakat Fitrah... adalah Penyucian Hamba-Nya

Zakat Fitrah 1431H....
Berapa nilai sekepala ditempat anda?
berapa kepala plak korg kena peruntukkan tahun nie?
bagaimana anda laksanakan tanggunjawab ini?
bila biasanya anda suka melangsaikan tanggunjawab ini?
dan dimana korg selalu buat pembayaran ini?... mari kita bincangkan2.... jgn sampai zakat fitrah menjadi sedekah yeeee!!!! dan aku tahun nie masih berzakat fitrah untuk 5 kepala jeee eee

sedikit ilmu tambahan.. utk kt baca sesama:

ZAKAT FITRAH
kenangan pertama kali menghadirkan diri ke Baitullah pd 2008
Sebagai seorang Islam yang mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT kepada hambanya, adalah menjadi kemestian kita akan berusaha melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. begitulah juga dalam melaksanakan ibadah zakat fitrah ini atau juga dikenali sebagai Zakat Peribadi atau zakat tubuh badan yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang mempunyai cukup syarat-syaratnya pada bulan Ramadan. Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya.”[Hadis riwayat al-Bukhari]
Dan sabda baginda lagi (maksudnya):
”Ketahuilah sesungguhnya Zakat Fitrah itu wajib ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan, hamba atau merdeka, kecil atau besar. Dua cupak gandum atau segantang makanan yang selain daripadanya.”[HR.al-Tirmizi]
Zakat Fitrah telah difardukan pada tahun kedua Hijrah,iaitu pada tahun yang sama Ibadah Puasa sepanjang bulan Ramadan difardukan. Dalam sebuah hadis,Ibnu Abbas menyebut:”Rasulullah s.a.w. telah memfardukan Zakat Fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.
Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang(hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa.”[HR.Ibnu Majah]
Dalam Mazhab Syafi’e, Zakat Fitrah boleh ditunaikan sejak dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan al Mubarak.
Ia diwajibkan bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada perkara yang tidak berfaedah dan juga untuk diagihkan kepada Asnaf Fakir dan Miskin supaya mereka tidak menghadapi masalah mencari keperluan dan tidak meminta daripada orang lain pada hari raya(Aidilfitri).
Ibnu Abbas berkata(maksudnya):
”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan Zakat Fitrah bagi tujuan untuk menyucikan orang yang yang berpuasa daripada perkara buruk yang tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.”[Hadis Riwayat Abu Daud]

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
1. Mesti yang berzakat itu org Islam. Orang bukan Islam tidak diwajibkan Zakat Fitrah.
2. Orang yang yang mempunyai harta daripada perbelanjaannya(keperluan makanan) untuk dirinya dan juga orang di bawah tanggungannya pada siang Hari Raya(Aidil Fitri) dan malamnya.
3. Orang yang masih hidup sewaktu terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, maka yang orang mati sebelum terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, tidak wajib Zakat Fitrah ke atasnya. Demikian juga seorang bayi yang lahir sesudah terbenam matahari(selepas Maghrib)pada penghabisan bulan Ramadan tidak wajib Zakat Fitrah ke atas bayi tersebut.


Oleh yang demikian, jika ada orang yang tidak mampu membayar Zakat Fitrah bagi orang yang dibawah tanggungannya,maka dia perlu mengutamakan Fitrah bagi dirinya terlebih dahulu, kemudian barulah mereka yang berada dalam tanggungannya. Iaitu mengikut turutan senarai keutamaan nafkah;isteri,anak yang masih kecil,bapa,emak dan seterusnya anak yang sudah besar, seandainya mereka itu tidak berkemampuan. selamat beramal...

Insyakallah jika diizinkanNya aku akan bayar zakat fitrah untuk diriku dan 3 orang putera serta seorang permaisuriku pada esok hari diKL sebab ade nas yang mengatakan juga pembayaran zakat fitrah ini eloklah dilakukan di tempat kita mencari rezeki supaya lebih afdal... dan aku juga nak berzakat fitrah esok sebab nak ambil sempena hari juamat esok....saidulayyam.. ya ALLAH izinkalah... so RM7 kali 5 sama dengan RM35... moga ade pahala disisiNya. 

No comments:

Post a Comment