Tuesday, October 12, 2010

rezeki dariNYA

podocarpus rumphii
sape tak nak rezeki lebih... dpt untung kecik pon aku amik kawan... itu mmg prinsip org meniaga. .. nak pulak ade offer dr kawan baik... dpt untung sikit pon tak peee janji... kalu nak berhujung minggu dgn buahhati serta 3 org putera aku...tak yah nak guna duit poket ... guna duit kerja2 part time tue jee pon bagus... itulah rezeki...kalu kita usaha.. dapat... malaysia nie mmg Allah SWT dah kurniakan rezeki y cukup byk..cuma kita jeee samada rajin atau malas tuk fikir mendapatkannya.

aku nie bukannya nak cerita meniaga MLM atau meniaga y untung ribu-riban tp..cukup sekadar cam aku cakap td... keja part time ari sabtu...duit untung keja tue kita guna utk hari Ahad... so duit poket tak kuar...duit kat bank tak luak.... kalu dpt tiap2 minggu cam gini kan bagus....usaha-usaha.....

 raphis exelsa
aglia spp
bottlebrush tree
licuala grandis

niaga y aku buat hanya lah.. khidmat nasihat dan membekalkan pokok hiasan/landskap kat satu institusi nie...gambar pokok y aku supplie pon cam kat sebelah tue jeee itu pon tak semua...jd dapat laaa untung ratus2 jee... belum pikir nak amik untung byk2 sbb lagi bagus kalu kita sediakan perkhidmatan sambil2 boleh sedekah/ jadikan sbg amal...moga ade keberkatan dariNYA....

Monday, October 11, 2010

syawal dah balik... laa nie zulkaedah... pastuu zulhijjah... raye lg dariNYA

tahun nie... adalah y paling lama aku beraya sbb smpi hari terakhir syawal pon kami sekuarga dok open house lg... bukan itu sajeee 1 zulkaedah lepas aka sabtu lepas masih ade lg kawan2 y ajak dtg rumah..bukan satu rumah tp 2/3 rumah kalu tak silap...tp pegi satu rumah jeee sbb badan pon tak bape sihat.... cuma diorg tak panggil laaa jamuan aidilfitri tp open house borak-santai ngan kawan eee... janji  niat diorg baik tuk kembali merapatkan silaturrahim bersama kawan2 dan saudara mara... ilike.

tempat terbaik utk bermunajat... moga Allah SWT memudahkan urusan hidup dan mati ku..serta kawan2ku
bulan haji pon dah sampai.... ramai gak kawan2/jiran2 y dijemput ke tanah suci....mesti besh,, bila laaa duit nak cukup yeee buahhati... kita cuba usahakan sambil bertawakal...insyakallah 2012 kot... moga di murahkan rezeki oleh-Nya...amin

Wednesday, September 22, 2010

Ukhwah sempena aidilfitri... hadiah dari-NYA

Madinah bandar bercahaya
Selamat hari raya Aidil fitri... maaf zahir dan batin. pose pon dah sudah... moga aku dan kuarge dipertemukan ramadhan di tahun depan.. raya pon dah lebih seminggu..mcm2 perkara  dah abis..spt duit, cuti, masa, dll termasuk laaa kuih raya kat rumah tue pon dah nak abis...alhamdullillah tak sia2 beli ramai pulak org dtg beraye kat rumah tahun nie..

tapi kali nie aku bukan nak cherita sgt pasai raya nie sbb cara kita menyambutnya mmg pelbagai....tp aku nak cerita pasai.. peluang y diberikan Ilahi sempena Aidilfitri nie laaa... ape tidaknya masa niekita dapat berjumpa semula dgn ramai sanak saudara, rakan taulan, masyarakat y berbagai bangsa w/pon mereka bukan muslim tp didetikkan dihati mereka utk bersama2 kita utk menyambut hari raya serta termasuk laaa musuh/lawan kita y dulu kita tinggalkan tanpa perdamaian... tp di Aidilfitri semua org akan tenang dan senang utk berdamai dan bermaafan.

bagi aku plak tahun nie perjumpaan dgn kawan2 lama y ditinggalkan lebih 20 tahun amat bestttt utk dikenang...moga ikatan ukhwah y kembali terjalin akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Aku rasa persaudaraan mmg senang utk kita kekalkan asalkan dihati kita ikhlas serta sentiasa berterus terang... sbb dlm dunia sekarang nie mmg senang nak cari kawan..tgk aje laaa kemudahan komunikasi...mcm2 adaaaa... tp tgk juga laaa niat si pemakai kemudahan tuee nak buat baik @ nak buat jahat... lu pikir laaa sdri (bak kata si nabil)

keindahan cherating di pagi hari
bayangkan laaa rupa dan perangai masing2 y kita kenal 20 tahun lalu ini menjelma kembali di depan mata... ish mcm2 perasaan timbul.. mmg betul laaa Aidilfitri ini hari kemenangan utk umat Islam. kami semua berserah kepadaNYA... amin

Wednesday, September 1, 2010

Zakat Fitrah... adalah Penyucian Hamba-Nya

Zakat Fitrah 1431H....
Berapa nilai sekepala ditempat anda?
berapa kepala plak korg kena peruntukkan tahun nie?
bagaimana anda laksanakan tanggunjawab ini?
bila biasanya anda suka melangsaikan tanggunjawab ini?
dan dimana korg selalu buat pembayaran ini?... mari kita bincangkan2.... jgn sampai zakat fitrah menjadi sedekah yeeee!!!! dan aku tahun nie masih berzakat fitrah untuk 5 kepala jeee eee

sedikit ilmu tambahan.. utk kt baca sesama:

ZAKAT FITRAH
kenangan pertama kali menghadirkan diri ke Baitullah pd 2008
Sebagai seorang Islam yang mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT kepada hambanya, adalah menjadi kemestian kita akan berusaha melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. begitulah juga dalam melaksanakan ibadah zakat fitrah ini atau juga dikenali sebagai Zakat Peribadi atau zakat tubuh badan yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang mempunyai cukup syarat-syaratnya pada bulan Ramadan. Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya.”[Hadis riwayat al-Bukhari]
Dan sabda baginda lagi (maksudnya):
”Ketahuilah sesungguhnya Zakat Fitrah itu wajib ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan, hamba atau merdeka, kecil atau besar. Dua cupak gandum atau segantang makanan yang selain daripadanya.”[HR.al-Tirmizi]
Zakat Fitrah telah difardukan pada tahun kedua Hijrah,iaitu pada tahun yang sama Ibadah Puasa sepanjang bulan Ramadan difardukan. Dalam sebuah hadis,Ibnu Abbas menyebut:”Rasulullah s.a.w. telah memfardukan Zakat Fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.
Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang(hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa.”[HR.Ibnu Majah]
Dalam Mazhab Syafi’e, Zakat Fitrah boleh ditunaikan sejak dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan al Mubarak.
Ia diwajibkan bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada perkara yang tidak berfaedah dan juga untuk diagihkan kepada Asnaf Fakir dan Miskin supaya mereka tidak menghadapi masalah mencari keperluan dan tidak meminta daripada orang lain pada hari raya(Aidilfitri).
Ibnu Abbas berkata(maksudnya):
”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan Zakat Fitrah bagi tujuan untuk menyucikan orang yang yang berpuasa daripada perkara buruk yang tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.”[Hadis Riwayat Abu Daud]

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
1. Mesti yang berzakat itu org Islam. Orang bukan Islam tidak diwajibkan Zakat Fitrah.
2. Orang yang yang mempunyai harta daripada perbelanjaannya(keperluan makanan) untuk dirinya dan juga orang di bawah tanggungannya pada siang Hari Raya(Aidil Fitri) dan malamnya.
3. Orang yang masih hidup sewaktu terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, maka yang orang mati sebelum terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, tidak wajib Zakat Fitrah ke atasnya. Demikian juga seorang bayi yang lahir sesudah terbenam matahari(selepas Maghrib)pada penghabisan bulan Ramadan tidak wajib Zakat Fitrah ke atas bayi tersebut.


Oleh yang demikian, jika ada orang yang tidak mampu membayar Zakat Fitrah bagi orang yang dibawah tanggungannya,maka dia perlu mengutamakan Fitrah bagi dirinya terlebih dahulu, kemudian barulah mereka yang berada dalam tanggungannya. Iaitu mengikut turutan senarai keutamaan nafkah;isteri,anak yang masih kecil,bapa,emak dan seterusnya anak yang sudah besar, seandainya mereka itu tidak berkemampuan. selamat beramal...

Insyakallah jika diizinkanNya aku akan bayar zakat fitrah untuk diriku dan 3 orang putera serta seorang permaisuriku pada esok hari diKL sebab ade nas yang mengatakan juga pembayaran zakat fitrah ini eloklah dilakukan di tempat kita mencari rezeki supaya lebih afdal... dan aku juga nak berzakat fitrah esok sebab nak ambil sempena hari juamat esok....saidulayyam.. ya ALLAH izinkalah... so RM7 kali 5 sama dengan RM35... moga ade pahala disisiNya. 

Sunday, August 29, 2010

bajet raya utk suka2 atau keranaNYA

selepas aku habiskan cuti sabtu ahad lepas... pagi nie baru perasan banyak aku dah berabis utk 3 org putera dan seorg permaisuri aku kat shoping complex...termasuklah utk aku sendiri... semuanya utk persediaan menyambut raye taun nie. nak chegitanya... bukan lah pasai berabis tue tp dok pikir kat malaysia nie kalu setakat nak abiskan RM seribu dua....sekelip mata jeee...so nie y aku dah beli:

baju kurung permaisuri aku = RM357.00
pakaian 3 org putera (3pasang sorg) = RM 571
seluar dockers aku = RM168*** lepas tu aku leh pakai utk office eee***
baju abah dan pak mentua = RM135
selipar crocs utk aku ngan putera2 aku = RM477
seluar panjang permaisuri aku = RM145
baju kemeja  aku sehelai = RM35
lain2 utk alatan rumah spt tikar dll = RM200

antara hasil tangan org tua aku... sgt selesa dpt freee plak tue
yg nie jeee aku dah belanje RM2658....uuuu... itu as at today dr acc aku... acc. permaisuri aku tah bape plak dan .. this weekend lum tau lg...aaaaa cepat laaa raye biar aku tak yah gi shopping2 lg... baju melayu lum ade lg..emmmm pakai taun lepas punya jeee lah... songkok?..sib baik aku anak taukey songkok....tq abah (bila laaa aku nak mewarisi hasil kraf tue)

sooo terbuktilah kalu nak abiskan duit mmg kejap kat KL nie nak menyimpan aku rase RM 500 sebulan pong susah uuuu.. walau bagaimanapon atas dasar memberikan kegembiraan pd org tersayang terutama dak abg... Putera aku y sulong..y baru belajar2 pose taun nie... ape adahal hadiah utk dia sbb boleh puasa lebih dr bil hari y aku jangka...kuat dan tabah budak nie... lg pon duit leh cari lg bulan depan eeee... serta y paling utama harap2nya ape y aku buat ini akan ade ruang utk dptkan redha ALlah SWT atas ape y aku belanjakan dr segala rezeki dan nikmat y dikurniakanNYA...amin.

Wednesday, August 25, 2010

moga ade pahala disisiNYA

salam... pd semua y berkenaan....nak menulis tak bepe pandai... tp dalam hati teringin sgt nak melihat sesuatu y boleee di kongsi bersama di kemudia hari... agar setiap perkara baik akan kita usaha utk jd kan satu perbuatan y istiqamah dan setiap perkara buruk agar dpt dijadikan sempadan dan panduan di masa depan.... terutamanya utk 3 org putera dan seorg permaisuri kat umah tue... semoga kita kekal dlm rahmat dan redha Ilahi...aminnnn

so kroll mulakan aktiviti pd 21hb ogos lalu...iaitu berbuka puasa  bersama anak2 yatim dr sek. men. di kajang... programe nie aku jd penyelaras atas usaha murni kawan2 dr kelab keta y aku join... aku cuma carikan tempat utk kami sama2 usaha dptkan pahala lebih dibulan pose nie.... akhirnya tempat y dipilih adalah di impian golf & country club... tempat cantik..... makan pon sedap...tkasih pada semua y terlibat.

seronok tgk kegembiraan dikalangan anak2 yatim + anak ibu tunggal + anak golongan miskin y seramai 20 org tue..terutama apabila tgk diorg makan... mintak2 diorg kenyang dan balik rumah nanti dgn cerita yg baik2 jeee.. dan y paling aku suka bila tgk anak teruna aku y pertama tue asyik perhatikan anak2 y kami raikan... harap2 dia sedar dan bersyukur pd Allah SWT bahawa hidupnya walaupon sederhana... tp dia ade ibu dan ayah y sgt menyayanginya....

moga Allah SWT letakkan diriku dan kuarga ku didalam golongan hambanya yang sedikit...amin