Tuesday, February 15, 2011

Menghayati CiptaanNYA

masih bersih dan suci...... dr kekotoran...
jam dah pukul 6 pagi....dr malam td aku tak bape lena tidur sbb memikirkan kemampuan badan utk join off road mountain bike (mtb) dgn kawan baru kat kajang jam 7.30 nie...walaubagaimana pon tepat jeee kul 7 pagi aku dah keluar rumah sambil / setelah semua barang2 aku sumbatkan dalam kete... semangat punya pasal.
dah penuh berlumpur eee siannnn nanti abg cuci

sampai jeee kat giant kajang...sorang pon takde.. tak jadi ke dlm hati aku...tp tetiba jeee nampak sorg rider bergerak ke station petronas...emmm dirog tukar tempat kumpul rupanya... aku terus follow..kenalkan diri lebih kurang...terus jadi gang... t kasih gang http://drctim.blogspot.com/ spt asri n wife, din dan raja.... ingat nama panggilan jeee (nama penuh lum tau lg eeee)

rehat sekejap setelah uphill
so..lebih kurang pukul 8 pagi kita org dah bergerak.. diorg bagi tau aku ofroad nie y santai2 jeeee amat sesuai utk beginner cam aku nie.. jauh pon lebih kuran 20km jeee so mikirkan aku kat road sap sap soi jeee kalu 20km tu...  itu y cam yakin jeee tp belumpon sampai 5km aku dah mintak rehat jap sbb angin kat dada cam nak kuar jeee sendawa jeee kerjanya...sambil2 minum kita org sambung dgn bermacam2 trail..mmg layan terutama kalau downhill... tp bila uphill aku hanya mampu senyum tak kata apaapaa :).

tp y paling aku suspen bila binatang y hidung penyek dan ekor pendek  (ba alif ba ya)lalu kat depan rombongan kita org..perrhh takut gila kalu dilanggarnya kami mau melambong...sbb abah aku dulu pernah gak kena langgar dgn binatang nie...smpi sekarang tangan dia tak bape kuat sbb tulang selangkanya patah... ape pon sib baik dia tak kacau.

beskal sape paling comot
kita org tamatkan kayuhan lebih kurang pukul 10.30 pagi.. sbb perjalanan dipendekkan kerana tak pergi ke sg batangsi... syukur aku masa tu sbb bg aku dah cukup dah pagi tue sebagai salam perkenalan dr diorg utk aku y baru nak mencebur diri dalam arena kayuhan offroad... lain kali kita pegi sampai sungai tue yeee.

sembang pengalaman berkayuh...u'll mmg beshhhh
Apa tidaknay setelah melihat pakaian dah mcm org baru balik berkebun dan beskal baru aku dah jd beskal buruk serat kaki aku dah bercalar2 dek  kerana resam atau ranting kayu.. tp dalam hati aku timbul rasa sgt menghargai Alam hutan serta kepuasan yang amat sangat sebab dapat bersam2 kawan2 yang lain untuk menghayati kehijauan alam ciptaanNYA.

Sunday, February 13, 2011

Siang dan Malam adalah ciptaanNYA

pandangan mata y dah selalu tgk siang malam berlalu setiap hari bagaikan tiada ape y perlu difikirkan atau nak direnungi....tp bila kita dok diam sorang sorang ditempat y betul...pasti akan ade rasa sesuatu y kita rasakan biasa tp sebenarnya amat besar dan telitinya Allah SWT ciptakan untuk hambanya berfikir...

senja dan kapcai kesayang kalau di kampung
so nie aku siapkan sesuatu y hanya dapat diperolehi jika berada di kampung ku (berhampiran sungai Perak) dikala senja... gambar2 nie aku tak edit sikit pon sama ade guna canvers atau photoshop...semua ori dan tulin dr pandangan lensa dan mata aku yang diberikan olehNYA.


Inilah gaya senja y terbaik dr lensaku
lebih kurang pukul 6 petang
belajar mengunakan lens 18-200 dgn menukar2 ISO,F dan speed.....layan 


Tuesday, February 8, 2011

Sihatkan badan kita untukNYA

salam kemaafan sbb lama tul tak buat entry baru kat blog aku y dah berhabuk nie... sbb sikap malas dah kembali.... sib baik ade kekuatan pd  hari ini utk menulis dan sib baik password masih aku ingat eee

kali nie nak kongsi gembira kat hati aku y sgt berkembang2 sejak seminggu nie (mula lepas CNY baru2 nie) sebab cita2 lama utk memiliki beskal y berprestasi tinggi telah berjaya aku miliki... merana gak badan sbb  kopak ribuan ringgit utk sebiji basikal... wbpon dgn lafaz bismillah aku nekad beli gak beskal tue...alhamdullillah..dapat... beskal brand DORCUS dgn group set SHIMANO


tgk jee gambar kat atas tue...sayang punya pasal siap simpan dlm rumah lagi..sib baik hobi nie aku kongsi ngan anak sulung... kot tak mau membebel gak permaisuri kat umah tue... luv u all.

nak cite byk pasai beskal nie aku pon tak berapa pandai... sbb prestasinya masih di peringkat on road lg...lum cuba ke off road lg.. insyakallah hujung minggu nie kot... tp mmg ringgan sbb aku leh angkat dgn sebelah tangan jeee dan frame position pon aku suka..tp kalu korg nak tau lebih lanjut bole refer kat web site dia spt berikut:

http://www.dorcusbike.com/

aku punya beskal dorcus spirit specific 2.. lebih kurang mcm kat gambar tue laaa.

so lepas nie aku nak disiplinkan diri supaya masa y terluang akan digunakan utk aku dan beskal kesayangan aku nie bermadu kasih..tak kira laaa kat onroad atau offroad..semua akan ku kayuh... jauh atau dekat jee distancenya nanti eee.. dgn niat utk menjaga kesihatan agar kekal sihat untuk aku menjadi hamba y sentiasa mengingatiNYA

Tuesday, October 12, 2010

rezeki dariNYA

podocarpus rumphii
sape tak nak rezeki lebih... dpt untung kecik pon aku amik kawan... itu mmg prinsip org meniaga. .. nak pulak ade offer dr kawan baik... dpt untung sikit pon tak peee janji... kalu nak berhujung minggu dgn buahhati serta 3 org putera aku...tak yah nak guna duit poket ... guna duit kerja2 part time tue jee pon bagus... itulah rezeki...kalu kita usaha.. dapat... malaysia nie mmg Allah SWT dah kurniakan rezeki y cukup byk..cuma kita jeee samada rajin atau malas tuk fikir mendapatkannya.

aku nie bukannya nak cerita meniaga MLM atau meniaga y untung ribu-riban tp..cukup sekadar cam aku cakap td... keja part time ari sabtu...duit untung keja tue kita guna utk hari Ahad... so duit poket tak kuar...duit kat bank tak luak.... kalu dpt tiap2 minggu cam gini kan bagus....usaha-usaha.....

 raphis exelsa
aglia spp
bottlebrush tree
licuala grandis

niaga y aku buat hanya lah.. khidmat nasihat dan membekalkan pokok hiasan/landskap kat satu institusi nie...gambar pokok y aku supplie pon cam kat sebelah tue jeee itu pon tak semua...jd dapat laaa untung ratus2 jee... belum pikir nak amik untung byk2 sbb lagi bagus kalu kita sediakan perkhidmatan sambil2 boleh sedekah/ jadikan sbg amal...moga ade keberkatan dariNYA....

Monday, October 11, 2010

syawal dah balik... laa nie zulkaedah... pastuu zulhijjah... raye lg dariNYA

tahun nie... adalah y paling lama aku beraya sbb smpi hari terakhir syawal pon kami sekuarga dok open house lg... bukan itu sajeee 1 zulkaedah lepas aka sabtu lepas masih ade lg kawan2 y ajak dtg rumah..bukan satu rumah tp 2/3 rumah kalu tak silap...tp pegi satu rumah jeee sbb badan pon tak bape sihat.... cuma diorg tak panggil laaa jamuan aidilfitri tp open house borak-santai ngan kawan eee... janji  niat diorg baik tuk kembali merapatkan silaturrahim bersama kawan2 dan saudara mara... ilike.

tempat terbaik utk bermunajat... moga Allah SWT memudahkan urusan hidup dan mati ku..serta kawan2ku
bulan haji pon dah sampai.... ramai gak kawan2/jiran2 y dijemput ke tanah suci....mesti besh,, bila laaa duit nak cukup yeee buahhati... kita cuba usahakan sambil bertawakal...insyakallah 2012 kot... moga di murahkan rezeki oleh-Nya...amin

Wednesday, September 22, 2010

Ukhwah sempena aidilfitri... hadiah dari-NYA

Madinah bandar bercahaya
Selamat hari raya Aidil fitri... maaf zahir dan batin. pose pon dah sudah... moga aku dan kuarge dipertemukan ramadhan di tahun depan.. raya pon dah lebih seminggu..mcm2 perkara  dah abis..spt duit, cuti, masa, dll termasuk laaa kuih raya kat rumah tue pon dah nak abis...alhamdullillah tak sia2 beli ramai pulak org dtg beraye kat rumah tahun nie..

tapi kali nie aku bukan nak cherita sgt pasai raya nie sbb cara kita menyambutnya mmg pelbagai....tp aku nak cerita pasai.. peluang y diberikan Ilahi sempena Aidilfitri nie laaa... ape tidaknya masa niekita dapat berjumpa semula dgn ramai sanak saudara, rakan taulan, masyarakat y berbagai bangsa w/pon mereka bukan muslim tp didetikkan dihati mereka utk bersama2 kita utk menyambut hari raya serta termasuk laaa musuh/lawan kita y dulu kita tinggalkan tanpa perdamaian... tp di Aidilfitri semua org akan tenang dan senang utk berdamai dan bermaafan.

bagi aku plak tahun nie perjumpaan dgn kawan2 lama y ditinggalkan lebih 20 tahun amat bestttt utk dikenang...moga ikatan ukhwah y kembali terjalin akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Aku rasa persaudaraan mmg senang utk kita kekalkan asalkan dihati kita ikhlas serta sentiasa berterus terang... sbb dlm dunia sekarang nie mmg senang nak cari kawan..tgk aje laaa kemudahan komunikasi...mcm2 adaaaa... tp tgk juga laaa niat si pemakai kemudahan tuee nak buat baik @ nak buat jahat... lu pikir laaa sdri (bak kata si nabil)

keindahan cherating di pagi hari
bayangkan laaa rupa dan perangai masing2 y kita kenal 20 tahun lalu ini menjelma kembali di depan mata... ish mcm2 perasaan timbul.. mmg betul laaa Aidilfitri ini hari kemenangan utk umat Islam. kami semua berserah kepadaNYA... amin

Wednesday, September 1, 2010

Zakat Fitrah... adalah Penyucian Hamba-Nya

Zakat Fitrah 1431H....
Berapa nilai sekepala ditempat anda?
berapa kepala plak korg kena peruntukkan tahun nie?
bagaimana anda laksanakan tanggunjawab ini?
bila biasanya anda suka melangsaikan tanggunjawab ini?
dan dimana korg selalu buat pembayaran ini?... mari kita bincangkan2.... jgn sampai zakat fitrah menjadi sedekah yeeee!!!! dan aku tahun nie masih berzakat fitrah untuk 5 kepala jeee eee

sedikit ilmu tambahan.. utk kt baca sesama:

ZAKAT FITRAH
kenangan pertama kali menghadirkan diri ke Baitullah pd 2008
Sebagai seorang Islam yang mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT kepada hambanya, adalah menjadi kemestian kita akan berusaha melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. begitulah juga dalam melaksanakan ibadah zakat fitrah ini atau juga dikenali sebagai Zakat Peribadi atau zakat tubuh badan yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang mempunyai cukup syarat-syaratnya pada bulan Ramadan. Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya.”[Hadis riwayat al-Bukhari]
Dan sabda baginda lagi (maksudnya):
”Ketahuilah sesungguhnya Zakat Fitrah itu wajib ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan, hamba atau merdeka, kecil atau besar. Dua cupak gandum atau segantang makanan yang selain daripadanya.”[HR.al-Tirmizi]
Zakat Fitrah telah difardukan pada tahun kedua Hijrah,iaitu pada tahun yang sama Ibadah Puasa sepanjang bulan Ramadan difardukan. Dalam sebuah hadis,Ibnu Abbas menyebut:”Rasulullah s.a.w. telah memfardukan Zakat Fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.
Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang(hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa.”[HR.Ibnu Majah]
Dalam Mazhab Syafi’e, Zakat Fitrah boleh ditunaikan sejak dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan al Mubarak.
Ia diwajibkan bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada perkara yang tidak berfaedah dan juga untuk diagihkan kepada Asnaf Fakir dan Miskin supaya mereka tidak menghadapi masalah mencari keperluan dan tidak meminta daripada orang lain pada hari raya(Aidilfitri).
Ibnu Abbas berkata(maksudnya):
”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan Zakat Fitrah bagi tujuan untuk menyucikan orang yang yang berpuasa daripada perkara buruk yang tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.”[Hadis Riwayat Abu Daud]

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
1. Mesti yang berzakat itu org Islam. Orang bukan Islam tidak diwajibkan Zakat Fitrah.
2. Orang yang yang mempunyai harta daripada perbelanjaannya(keperluan makanan) untuk dirinya dan juga orang di bawah tanggungannya pada siang Hari Raya(Aidil Fitri) dan malamnya.
3. Orang yang masih hidup sewaktu terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, maka yang orang mati sebelum terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, tidak wajib Zakat Fitrah ke atasnya. Demikian juga seorang bayi yang lahir sesudah terbenam matahari(selepas Maghrib)pada penghabisan bulan Ramadan tidak wajib Zakat Fitrah ke atas bayi tersebut.


Oleh yang demikian, jika ada orang yang tidak mampu membayar Zakat Fitrah bagi orang yang dibawah tanggungannya,maka dia perlu mengutamakan Fitrah bagi dirinya terlebih dahulu, kemudian barulah mereka yang berada dalam tanggungannya. Iaitu mengikut turutan senarai keutamaan nafkah;isteri,anak yang masih kecil,bapa,emak dan seterusnya anak yang sudah besar, seandainya mereka itu tidak berkemampuan. selamat beramal...

Insyakallah jika diizinkanNya aku akan bayar zakat fitrah untuk diriku dan 3 orang putera serta seorang permaisuriku pada esok hari diKL sebab ade nas yang mengatakan juga pembayaran zakat fitrah ini eloklah dilakukan di tempat kita mencari rezeki supaya lebih afdal... dan aku juga nak berzakat fitrah esok sebab nak ambil sempena hari juamat esok....saidulayyam.. ya ALLAH izinkalah... so RM7 kali 5 sama dengan RM35... moga ade pahala disisiNya.